My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

Tentang Dia.... :-)

Ku kira, bukan hal ini sahaja dia tahu, bahkan, mungkin kesemua masalah aku serta kisah hidup aku dia sahaja yang tahu. Mungkin sifat dia yang agak pendiam dan kadangkala seorang yang suka berahsia{memang tak dapat dinafikan lagi}, agak senang bagi aku untuk aku meluahkan apa yang aku alami kat dia. Ye la, takkan aku nak beritahu kat orang yang tak reti nak simpan rahsia, kan kan kan..... Jadi, aku kena lah cari seorang sahabat yang boleh dipercayai dan akhirnya, aku dah jumpa seorang sahabat aku yang sememangnya boleh dipercayai. Memang aku ni ada ramai kawan, tapi, aku mesti ada something yang memang tak nak beritahu kat semua kawan aku, nak tak nak, kena juga cari kawan yang boleh simpan rahsia aku. Tapi, alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat kerana aku dianugerahkan oleh Allah SWT seorang hamba Allah yang boleh membantu aku dikala aku susah. Bukan itu sahaja, kadang-kadang, dia juga terlalu risaukan aku jika aku pergi kemana-mana sahaja. Kenapa ek, dia tu risau sangat-sangat kat aku kalau aku keluar pergi mana-mana je ?????

No comments:

Post a Comment