My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

Sihir ala kaedah voodoo yang popular di Haiti yang berlaku di Malaysia

Terdapat 2 kaedah ilmu hitam,iaitu,Ilmu Panah Rajuna Kuning{anak jin} dan Ilmu Temprom{jembalang bukit}.

Ilmu Panah Rajuna Kuning
1.Pengamal ilmu hitam menggunakan batang pisang yang dikafan dengan menbayangkannya umpama tubuh manusia yang hendak dikenakan ilmu hitam ini.
2.Turut menggunakan gabungan mantera dan ayat al_quran,menulis nama mangsa pada kain kafan sebelum menikam bahagian batang pisang yang diibaratkan jantung mangsa menggunakan keris yang dijampi.
3.Jika pengamal ilmu hitam itu mengetahui waktu dan tarikh lahir mangsa,dia akn melakukan upacara tersebut pada masa dan tarikh berkenaa.Jika tidak,akan dilakukan pada isnin malam selasa.
4.Jika kena pada syarat dan masanya,bahagian yang ditikam itu mengeluarkan darah dan ia petanda mangsa sudah 'terkena'.Kalau mangsa cepat diselamatkan,selamat lah dia.

Ilmu Temprom
1.Membabitkan penggunaan patung tanah liat atau sekarang menggunakan plastisin{doh permainan} yang dibentuk mengikut rupa badan manusia.
2.Ilmu Temprom juga menggunakan mantera dan ayat al-Quran dan upcara ini turut menggunakan gambar mangsa.
3.Patung yang dihasilkan kemudian dicucuk jarum dan sasaran utama adalah pada bahagian kepala,jantung,dan sendi bahu,lutut,kaki serta tangan
4.Penderitaan mangsa bermula dari tempoh tiga hari upacara dilakukan sehingga seminggu.
5.Pada mulanya,mangsa berasa panas,kebas dan sejuk di tapak kaki sebelum sakit di seluruh badan
6.Tujuan menyucuk jarum di kepala bertujuan menjadikan mangsa hilang ingatan dan berdepan masalah sakit kepala melampau
7.Apabila dicucuk di bahagian sendi pula,mangsa tidak mampu bergerak dan sentiasa berdepan kesakitan.
8.Untuk menambah derita mangsa,upacara berkenaan dibuat berulang kali,biasanya sebulan sekali.

Credited to Metro Ahad,23 mac 2008....

No comments:

Post a Comment