Flying Love
Sunday, October 30, 2011
Hibah dan Wasiat
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Justeru di sini saya akan cuba mengupas isu-isu berkaitan dengan hibah dan wasiat dari segi hukum hakam dan aplikasinya di Malaysia.
1. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM
1.1 Pengertian Hibah
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.
Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.
Wednesday, October 19, 2011
Back To Normal, Dah Tak Gaduh - Gaduh Lagi
Sebelum ni, aku dengan dia ada p'selisihan faham sampai nak cakap pun antara nak dengan tak nak je.... Aku pun dh naik risau bila dah jadi macamtu, ye la, kan aku dengan dia rapat sangat2 macam belangkas, tapi bila aku dengan dia ada gaduh sikit, mula la sorang tu merajuk, yang sorang lagi dok masam muka... Almost 3 hari aku dengan dia dok macamtu, last - last dah aku tak tahan sangat asyik dok bermasam muka, cakap pun nak tak nak je, hari ni aku post kat fb aku yang aku dah penat nak gaduh2 dengan dia & tak larat nak bermasam2 muka dengan dia, :-)... And then, aku tag la nama dia kat post tu, nasib baik dia dah maafkan aku, sorry fendi, pasal ari tu k, lyn stress sikit time tu, sekali dengan fendi pun terkena juga, =='.... And sekarang ni, aku dengan dia dah back to normal, dalam erti kata lain, dah boleh bergurau2 senda dengan dia, jumpa dengan fendi dok sembang2 ke apa ke... Hope lepas ni kita dah tak gaduh2 lagi, dok bermasam2 muka dah k... Kalau jadi juga, lyn kejar fendi sampai keliling rumah sewa fendi, hahahahahaha, boleh tara tue fendi, hihihihihihi, :-P
Sunday, October 16, 2011
09/10/11, sweet memories
Ahaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!! Tarikh ni agak tersusun, 09/10/11, lepastu, pada tarikh ni jugak la aku dengan fendi g jumpa dengan member aku time aku sekolah dulu kat pusat dakwah... Perghhhhhhh, jalan kaki tuuuuuuu aku dengan dia time nak g jumpa member aku... Dalam beberapa minit tu, muncul lah member aku time aku sekolah dulu, rindu giler2 kt dia, dh lama kut x jumpa dengan dia... Dia je la kwn aku time aku sekolah dulu.... Agak lama jugak la aku dengan fendi dok sembang2 dengan member aku tu, macam2 yang kami dok sembangkan, pasal apabila tibanya hari kiamat, apa yang akan terjadi masa tu, pasal study pun aku dok sembang jugak.... Kan time aku dengan fendi jumpa dengan member aku tu aku still x sihat lagi, dok batuk + demam... Yang paling aku tension skali, bila aku nak sembang dengan member aku, mula lah aku ni dok batuk2 sampai x bleh nak ckap sikit pun, huhhhhhhh, :-(... Last2, aku, fendi dengan member aku tu g sambung apa yang kami tiga orang dok sembang kan tu kat food court kt city plaza... Perghhhhhhhhhh, time kami 3 org dok jalan2 nak g city plaza, sempat lagi fendi tu dok mengusik aku, grrrrrrrrrrrrrrrr... Wat aku geram dengan dia je, nasib je aku tak merajuk dengan dia, hahahahahaha... Dah la aku dengan fendi jalan dok rapat2 macam belangkas, hahahahaha, ye la, kan time tu aku dok demam lgi, dah la kepala aku pun dok pening2 lgi, risau takut pengsan ja, sebab tu aku otw nak g city plaza aku dok pegang tangan fendi, pegang tangan fendi x lepas oooooo, ^__^... Lepas kami 3 org dok minum2 kat food court kt city plaza, aku dengan fendi & kawan aku tu jalan2 jap kat city plaza tu, pun aku x lepas, dok pegang tangan fendi, >__<... Pening kepala aku x abih lgi time tu.... Sampai petang jugak la aku, fendi dengan kawan aku dok ronda2 kat city plaza... Dalam kui 5.15 petang baru kami 3 org bersurai... Fendi kena ikut aku balik ke kampus coz aku x bleh jalan sorang2 time otw nk balik ke kampus coz dia risau kat aku takut terjadi apa2 kat aku... Bila dah sampai kat kampus, baru lah aku dengan fendi pun bersurai... Memang sweet memory la kiranya time tu, :-)
Thursday, September 29, 2011
Woot - woot, :-D
Entri kali ni citer psal satu2nya s'seorang yang paling aku sayang... Dia ni selalu je bagi aku dok gelak kat dia walaupun aku dalam keadaan ada masalah ke apa ke... And then, kadang2 tu, dia sengaja bagi aku dok geram kat dia... Hari tu ada sekali aku ada tampaq dia dri dalam library smpai kat luar library tu coz dia dok kata kat aku, macam apa je dia tu, tu yang aku bagi penampaq sekali kat dia, hihihihihih... Tapi, aku saja je nak gurau2 dengan dia tu, kan dah lama aku x jumpa + gurau2 dengan dia, kikikikikkikiki... Dah 1 tahun aku kenal dia, alhamdulillah, ^_^.... Ada jugak aku dok call dia or mcj dia, saja je nak kacau dia, and at the same time, aku memang boring tahap max time tu, huhuhuhuhu... Tapi kn, bila aku ada apa2 masalah, aku bgtau kat dia dulu, baru member2 aku yang lain, hehehehehe,:-D....
Thursday, September 15, 2011
Rindu sangat2 kat dia...
Aku rindu sangat2 kat dia.... Dh lama aku x contact dia coz phne dia rosak, huhuhuhu... Tpi x pe, x lama lagi aku memang nak jumpa dengan dia... Dia ni dah mcm kembar aku dah, hahahaha, ye la, semua masalah aku dia sorang je yang tau... Dan dia lah yang banyak bantu aku untuk selesaikan segala masalah aku... Aku sayang dia sangat2, :-)... Dia juga banyak bagi aku kekuatan & semangat kat aku untuk menghadapi cabaran hidup.... Thanks so much fendi, coz you've help me a lot in my life, :-D... 19/9/11 ni, klau boleh la, aku nak jumpa dengan dia, nak bagitau something kat dia... Dah lama aku x sembang2 dengan dia, heeeeeeeeee, :-)
Saturday, September 3, 2011
Laptop baru, :-D
Yesssssss, akhirnya, dapat jugak aku beli laptop baru setelah sekian lama aku terseksa dengan laptop lama aku yang suka sangat wat hal time aku dk guna laptop lama aku... Yang membanggakan aku, harga laptop baru aku ni SEPARUH harga daripada harga laptop aku yang lama tuhhhhhhh, makna nya harga laptop baru aku tu dalam RM 1450... Laptop lama aku tu RM 2199... Asus A43SJ-VX3350 adalah laptop aku yang baru, huahuahuahua.... Memang aku suka sangat2 laptop asus ni sebab laptop asus ni lagi tahan/kuat dari laptop lama aku tu....
Sunday, August 14, 2011
Takkan berdiam diri, akan melakukan sesuatu
Kalau ada orang yang cuba cari gaduh dengan aku, aku takkan dok diam je, aku kena wat sesuatu, tak boleh tengok orang tu nak menindas aku.... Sama jugakkkk kalau sapa-sapa yang cuba nak merampas apa yang aku ada sekarang ni just kerana dengki dengan apa yang aku ada, aku akan wat sesuatu supaya orang tu takkan dapat merampas apa yang aku ada daripada hidup aku.... Sebab, aku dah pernah m'alami peristiwa yang sebegitu, yang telah merampas kebahagiaan aku..... So now, if ada orang yang cuba nak rampas kebahagiaan aku, merampas apa yang aku ada sekarang ni or ada yang sengaja cari gaduh dengan aku, aku takkan berdiam diri tanpa melakukan sesuatu.... Aku akan wat something yang boleh menghalang orang tu daripada merampas apa yang aku ada sekarang ni and merampas kebahagiaan aku, senang cerita, menghuru-hara kan hidup aku la.... Sebab, aku ni jenis suka berdendam & amat sukar untuk memaafkan seseorang...
Subscribe to:
Posts (Atom)






