My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Tak tau nak buat apa.....

Aku ni, bila tak tau nak buat apa bila dah boring ni, mula lah aku dok dengar lagu avenged sevenfold, ataupun lagu yang jiwang-jiwang ke, buat ayat jiwang pastu post kt fb, twitter or kt MSN ke... Hehehehehe... Kadang-kadang, aku ada juga main game kt fb, tapi, sekejap je coz main game pun boring juga..... Last-last, aku on blog aku, aku edit + update blog + post entri baru kat blog aku.... Kalau cuti sem lepas lagi teruk, 3 hari 3 malam aku dk edit 2 blog aku, 1 yang ini, 1 lagi kt Tumblr.... Yang kat Tumblr tu private blog aku dan kat Tumblr tu banyak ayat-ayat jiwang + gambar my bf + gambar my very best friend.... Heeeeeeeeee..... Bila dah terlalu boring tu, tengah dok syok-syok edit blog ke, tengah dok dengar lagu avenged sevenfold, bleh aku terlena ???????? Hahahahaha... =='.... And, bila cuti sem, mula la keje aku dok makan je memanjang... Huhuhuhu, pastu, mula la badan aku ni dah gemuk, ckit je, cuma kat muka aku je yang nampak makin bulat.... Hehehehehe, tapi, aku peduli hape orang nak kutuk2 aku pasal aku ni dah gemuk, ada aku kisah pasal ko ????? :-P

Sunday, June 26, 2011

My Lovely Phone, BlackBerry Curve 9300 3G


Perghhhhhhhh, ni lah phone yang aku pakai sekarang ni, BlackBerry Curve 9300 3G, Suka sangat BlackBerry curve ni, BlackBerry torch pun aku minat jgakk, tpi, phone tu jenis slide, aku kan ganas sikit.. Slalu dok main phone, dk dengar lagu, smpai cepat la abih battery phone aku, hahahaha... Lagi pun, kadang-kadang, aku dok on9 fb kt phone... Mlas nk on laptop yang kna guna charger bila nk on laptop... Sekian, untuk info pasal phone yang aku pakai skrg ni, hahahahaha

Saturday, June 25, 2011

Strategi hidup aku

Kat bawah ni adalah strategi aku dalam hidup aku ni, jeng3....

1. Nk study bagi dapat pointer 3.00 dan ke atas{Bleh ke aku ni}
2. X nak dah dok keluar gi mana-mana tempat yang agak mengarut
3. Nak further study sampai degree, fullstop... Heeeeee
4. Sedang memahirkan diri dalam bidang komputer
5. Nak berkhidmat di dalam pasukan PDRM sebagai Pegawai polis{Klau bleh}
6. Teringin nak gi jalan-jalan kt negara eropah selepas aku dah abih study degree or aku dah ada kerjaya sendiri... Hahahahaha
7. Kahwin ????? Lambat lagi kut, calon pun x dak lagi ni oiii, tunggu la aku abih study degree dulu dan bila aku dah kerja la ngokkkk... Huhuhuhu, :-P
8. Ingin berubah menjadi seorang insan yang baik disisi Allah SWT, amin2 ya raba'al alamin

Saturday, June 18, 2011

I don't know what i want to say.....

Terlampau banyak masalah yang aku dok fikir pun boleh jadi stress juga... Haihhhhhh, macamana ni, nak selesaikan semua masalah yang aku dok ada sekarang ni.... Masalah yang sebelum2 ni pun x selesai lagi, datang pula masalah yang lain, hmmmmmmmm..... Bila aku dah stress/depression, mula la aku dok fikir benda2 yang mengarut + x masuk akal.... :-(.... Bila dah selesai 1 masalah tu, ada lagi masalah yang lain... Aku pun x tau la sampai bila semua ni nak terjadi... Kadang-kadang, aku rasa give up juga dengan hidup ni yang penuh dengan segala masalah... Bila dah terlampau stress, mula la aku dok sakit.... Nk sembang dgn member2 aku pun x mau sbb aku dok fikir masalah aku yang semakin banyak..... Hmmmmmmm....

Behind The Real Stories....

Kadang-kadang, serba salah aku dibuatnya bila aku dok sembang/chat dengan dia..... Secara tak sengaja, bila aku t'lepas cakap, mula la dia dok wat "hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm" yang panjang berjela..... Aku ingat yang dia tu merajuk dengan aku atas apa yang aku cakap kat dia.... Mula la wat aku bersalah... The next day, aku try la call dia nak minta maaf kat dia pasal apa yang aku cakap kat dia..... Tapi, bila aku call dia, dia tak jawab... Lagi la aku dok fikir yang dia tu m'rajuk dengan aku... And then, bila dah jadi macamtu, aku send mcj kt fb dia pasal hal tu.... Alhamdulillah, nasib baik dia faham aku.... :-D.... Lega ckit hati ni, x lah dok risau sangat kn.....

Wednesday, June 8, 2011

Tentang Dia Part 2

Terharu pulak bila ada seorang member aku sentiasa mendoakan kesejahteraan aku supaya aku memperoleh kejayaan dalam hidup serta pelajaran dan melihat aku hidup dengan gembira. Dalam ramai-ramai member aku yang aku ada sekarang ni, hanya dia je yang berkelakuan sebegitu, sampai aku pun tak tau macamana nak balas jasa baik dia terhadap aku yang selalu membantu aku, dan aku pula suka dok buli dia, wahahahahaha. Ye la, dia kan kawan rapat aku. Kadang-kadang, ada juga dia mengadu kat aku pasal member dia yang dok 1 rumah sewa dengan dia cari pasal dengan dia, dah tau malam-malam ada nyamuk, yang member dia pergi buka pintu tu kenapa ???? Kalau nyamuk tu pergi kat member dia tak pe juga, ni nyamuk tu pergi kat dia, mana dia tu tak bengang kat member dia tu, sampai dia tak boleh tidur kerana hal tu. Aku tak pernah tengok dia marah-marah macam tu. Tapi, sempat juga aku bagi nasihat kat dia kata, "Sudah-sudah la tu, jangan la dok marah-marah lagi, lyn tak suka tengok fendi marah-marah macam ni, biar kat dia la, lupakan je la, jangan dok ingat lagi pasal tu ok". Bila aku ada apa-apa masalah, aku akan cerita kat dia, sebab apa yang aku cerita tu kadang-kadang confidential sikit, tak boleh beritahu kat orang lain, hanya orang tertentu macam dia je yang boleh tau. Beruntung sangat-sangat bila aku dapat kawan yang macam dia tu. Thanks so much fendi, coz you've help me a lot to solve most of my problems that i had.