My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Fahami Hati Dan Perasaan Orang Lain

Ok, zaman sekarang ni memang ramai orang yang suka cakap lepas je, tanpa nak berfikir tentang perasaan orang lain jika orang lain tersebut terdengar apa yang diucapkan oleh seseorang... Kadang2 tu sampai bergaduh la antara 1 sama lain, hanya 1 sebab je, percakapan kita tu mengundang kemarahan orang lain, :-)... Perkara sebegini banyak sangat berlaku di sekeliling aku, bukan nya baru hari ni je berlaku... Aku sendiri pun pernah mengalami situasi ni, and memang aku faham sangat la bila ada member2 aku citer kat aku psal bnda yang sama... So, the conclusion is, berhati-hati lah sebelum berkata sesuatu terhadap orang lain, :-)

Wednesday, November 28, 2012

My blackberry curve 9360

Haaa, ni la dia, blackberry curve 9360 aku, cun gitu, :-P... Phone ni la yang aku dok guna untuk on9 fb or twitter if aku malas nak on9 kat laptop, bbm dengan member2 aku, dok mcj dengan budak kecik fendi and so on... Tapi nasib baik la fendi tak godek2 lagi phone bb aku ni, kalau dia nak jgak tengok apa yang ada dalam phone bb aku ni, aku cubit2 dia, pastu aku pulak yang nak tengok apa yang ada dalam phone dia... Tapi, kadang2 tu dia bagi jugak aku dok main game kat phone dia, dengan rela hati pulak tu bagi aku dok main game kat phone dia, hehehehe, :-D...

Saturday, November 24, 2012

Tambah, Tolak, Darab, Bahagi

Dah lama giler aku x update blog ni, coz busy dengan study, tu pun klau nak update jugak blog aku tu, aku update mana yang sempat je kat blog aku... Tapi skrg ni dah last sem diploma, sem 7, and hanya 1 subjek je yang masuk final exam, tu sebab aku boleh update blog ni... Member2 aku semua jeles dengan aku coz 1 paper je yg masuk final exam, hahahahah... Boleh dikatakan aku memang boleh relax sem ni, :-D... Bila 1 subjek je yang masuk final exam, kelas pun 2 kali seminggu, memang aku boring giler2 la... Tu sebab hari yang aku x de kelas, aku saja2 je g U, lepak2 dengan member2 ke, dok on9 main game ke... Kat rumah pun aku bukan nya wat apa2 pun, dok bela badan bagi gemuk je, wahahahahaha, :-D... Baik aku g U, dok lepak2 dengan member2 aku or ajak member2 aku g jalan2 kat shopping mall... Kadang2 tu kalau best friend forever aku ada kelas, mula la aku plan nak buli2 dia (jangan marah tau fendi, sebab lyn selalu dok buli2 fendi)... Dia je la yang boleh tahan dengan perangai aku yang suka sangat2 dok buli2 dia, :-P.. Dalam ramai2 member aku, hanya dia je yang aku sayang sangat2, tau sebab apa ? Sebab dia la yang sanggup dengar apa saja masalah aku, kalau member lain payah sikit, coz ada yang x boleh nak simpan rahsia langsung ! Bukan tu je, dia lah orang yang aku harap sangat2 kalau aku nak minta tolong dan ada je dengan aku bila aku perlu kan dia... Tapi, sem 7 ni sem last aku dengan best friend forever aku tu, sem depan aku dah x boleh jumpa dia lagi coz dia tengah dok praktikal, sedih nya, tinggal aku sorang2 sem depan nanti, :-(.. Tapi x pe, aku boleh je nak mcj or nak call dia kalau aku rindu kat best friend forever aku tu, :-D

Monday, October 29, 2012

Luahan Perasaan atau Kisah Hati ?

Kadang2, orang yang berada di sekeliling aku ni bercakap tanpa berfikir tentang perasaan orang lain yang mendengar apa yang diorang tu cakap kan… Sebab tu seseorang tu boleh terasa hati dengan apa yang orang tu cakap kat dia… Apa yang aku coret kan kat post aku ni semua nya pernah aku alami dan bukan nya cerita fitnah or gosip ! And then, yang cakap macamtu bukan nya orang yang kita tak kenal, tetapi, orang yang cakap macamtu ada lah salah seorang daripada member2 aku sendiri, hmmmmm… Mula2 memang la dk sembang elok je dengan aku, tapi bila dah lama aku kenal dengan dia, baru aku tau dia tu macamana sebenarnya coz ada 1 hari tu memang aku bengang sangat2 dengan member aku tu coz dia tu dk mengumpat/mengutuk aku, senang citer dia x puas hati dengan aku… Memang aku dah tawar hati nak jumpa dengan dia, takut2 dia wat bnda yang sama kat aku pulak lpas tu… Sebab tu ada pepatah yang mengata kan, “kawan makan kawan”… Tapi aku dah tak heran dengan dia tu yang b’kelakuan sebegitu, janji aku ada member2 yang lain, especially member rapat aku yang aku sayang sangat2 coz dia la yang banyak membantu aku if aku ada masalah… So, life must go on even we had a problem in our life, :-)

Tuesday, June 5, 2012

Suka Sangat Fendi Dok Buli2 Aku

Waaaaaaaaa, fendi jahat dok buli2 lyn smpai macamtu skali... Dia ni memang nak kena dah dengan aku ni, nanti dia lepas abih cuti sem ni lyn balas balik, lyn wat lagi teruk dripada fendi... Biar fendi dok menangis kat rumah sewa, ahahahahahah, :-D... Lyn tak kira, lyn nak jgak buli2 fendi, sbb fendi ni memang nakal + suka wat muka comey kat lyn..

Thursday, April 12, 2012

For The 1st Time, =='

Buat kali pertama, aku dapat merasa gegaran daripada gempa bumi yang berlaku kat indonesia pada petang kelmarin, dalam kui 4.30 petang... Seriusly aku ingat aku yang pening sebab dari petang klmarin memang aku dok pening, pastu, aku dengar la pintu besi kat rumah aku tu bergegar semacam macam ada orang g goncang pintu tu... Last2, aku turun la ke bawah, nak tengok kat luar, kut2 la ada apa2 yang berlaku... Jiran kat sebelah rumah aku yang merupakan student kolej unversiti insaniah pun lari kluar dri rmah... Hmmmmmm, dari situ aku dah dapat agak yang time tu berlaku gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berlaku kat indonesia... Agak kuat jgak la gempa bumi tu smpai mencecah 8.9 pada skala ricther.... Ia mengingatkan aku pada gempa bumi yang berlaku pada tahun 2004, yang mengakibatkan tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, hmmmmmm... Gegaran tersebut juga dapat dirasai di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu, Selangor, serta di Johor Bahru....

Thursday, April 5, 2012

Creating 1001 Smiles And Laughing

Ni gambar kat genting highlands...
Antara member2 aku yang join lawatan ke genting highlands

Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah, :-D

Happy sangat2 + syukur alhamdulillah coz result final exam sept 2011 a.k.a semester 4 agak baik daripada result final exam semester 3... Semua sbjek yg aku amik time semester 4 lulus, yang paling aku risau kalau2 ada sbjek yg kena repeat, especially paper business mathematics.. Tapi akhirnya, lulus juga walaupun soalan boleh tahan susah jugak la... Tapi x pe asalkan dpt tgk brapa grade dpat sudah la, walaupun pointer x dpt lgi... Pandai2 la aku kira sndiri brapa pointer yang aku dpat untuk semester 4, hihihihihihihi, XD..

Friday, January 20, 2012

Makan-Makan Di Cyberjaya

Hehehehehehe, ni antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa berada di cyberjaya :
Roti pe ntah, dah lupa nama roti ni, main redah je makan, :-D
Roasted chicken with fragrant rice klau x silap aku
Ni kuah cicah dengan roti ke or kuah yang makan dengan nasi, aku dah lupa dh, main makan je, :-D

Monday, January 16, 2012

Love you 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, until 9, 999, 999, 999, 999

Selepas daripada aku berperang dengan member baik aku sendiri pasal member aku tu dok mengumpat aku, aku terus tak nak ada apa-apa lagi dah dengan diorang, e.g contact dengan diorang through mcj, call and inbox kt fb... And, aku dh block certain-certain content yang ada kat fb aku tu daripada member baik aku dok view... Mengambil masa juga la aku nak recover daripada masalah ni, tapi nasib baik ada seseorang yang paling aku sayang, fendi bagi semangat kat aku, hihihihihihi, :-D... Dia je la yang jadi tempat aku nak mengadu apa-apa masalah aku kat dia... Dan, dia pun tau juga hal disebalik pe yang berlaku ni... Ada sekali time final exam, salah seorang daripada member baik aku sengaja nak cari gaduh dengan aku kat fb sampai aku mengamuk la kat fb, kat wall salah seorang daripada lecturer aku, tapi bukan pasal hal tu, ni pasal hal lain... At the same time, fendi g komen kat status kat wall fb lecturer aku tu... Nasib baik dia tolong reda kan keadaan time tuhhhhhh, kalau tak lagi teruk rasanya, hmmmmmmmm... Arhhhhhhh, tu kisah 2011 dah expired dh pun citer tu, hihihihihihihi, :-P... Bila dah start cuti sem ni, mula la rasa bosan sangat2... Kadang - kadang ada juga aku dok kcau fendi kt fb, dok mcj dengan dia.. Mula la aku dengan dia dok merepek kat fb, dok i love you, you love me, love you always, hehehehehe... Tapi memang aku pu sayang kan fendi...

Eeeeeeeeeeeeiiiii Gerammmnyaaaa Akuuuuu !!!!!!!!

Rasa sakit hati juga bila ada salah sorang member baik aku sendiri yang sanggup mengutuk/mengumpat aku, lebih-lebih lagi bila aku dok 1 geng dengan diorang... Macam bangang pun ada juga, ingat kau tu PERFECT sangat ke yang dok mengumpat aku.... Tak terkira la betapa sakit nya hati aku bila ada member baik aku sendiri sanggup wat macamtu kat aku... Meluap-luap darah aku bila dia tuduh aku yang aku mula kan semua tu, padahal dia yang mula dulu dok mengutuk2 aku sampai post kt fb kata aku yang cari pasal dengan aku... Macam !@#$%^&* je, lahanat la kau tuhhhhh !!!!!!!! Kalau lah time dia dok cakap macamtu ada kat depan aku, dah lama dah aku bagi penampar kt dia, abih cerita kannnnnnn... Tapi nasib baik ada fendi yang boleh tenangkan aku dalam keadaan genting ni... Kalau xtak de fendi, tak tau la pe yang terjadi lepas tu, mau aku mengamuk dengan diorang tu kat kolej aku, =='

Sunday, January 15, 2012

Rindu sangat2 kat blog ni, :-D

Yeahhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!! Baru hari ni aku dapat update blog aku yang hampir-hampir nak bersawang ni coz aku sibuk dengan study + final exam dh nak dekat... So, lepas aku abih final exam ni la baru aku ada masa nak update blog aku ni... Sorry to my followers coz dah lama aku x update citer2 terbaru dripada tuan punya blog ni, hihihihihihihihi, ;-)... Sebenarnya banyak kisah2 akhir tahun 2011 dan kisah tahun 2012 yang aku nak cerita kat korang semua.... Ada yang melibatkan hati & perasaan serta melibatkan emosi, :-)... Korang tunggu la entri yang seterusnya k, :-P