My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Hibah dan Wasiat

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Justeru di sini saya akan cuba mengupas isu-isu berkaitan dengan hibah dan wasiat dari segi hukum hakam dan aplikasinya di Malaysia. 1. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM 1.1 Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut: (i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak. (ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat. (iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad). (iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. (v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan. (vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

Wednesday, October 19, 2011

Back To Normal, Dah Tak Gaduh - Gaduh Lagi

Sebelum ni, aku dengan dia ada p'selisihan faham sampai nak cakap pun antara nak dengan tak nak je.... Aku pun dh naik risau bila dah jadi macamtu, ye la, kan aku dengan dia rapat sangat2 macam belangkas, tapi bila aku dengan dia ada gaduh sikit, mula la sorang tu merajuk, yang sorang lagi dok masam muka... Almost 3 hari aku dengan dia dok macamtu, last - last dah aku tak tahan sangat asyik dok bermasam muka, cakap pun nak tak nak je, hari ni aku post kat fb aku yang aku dah penat nak gaduh2 dengan dia & tak larat nak bermasam2 muka dengan dia, :-)... And then, aku tag la nama dia kat post tu, nasib baik dia dah maafkan aku, sorry fendi, pasal ari tu k, lyn stress sikit time tu, sekali dengan fendi pun terkena juga, =='.... And sekarang ni, aku dengan dia dah back to normal, dalam erti kata lain, dah boleh bergurau2 senda dengan dia, jumpa dengan fendi dok sembang2 ke apa ke... Hope lepas ni kita dah tak gaduh2 lagi, dok bermasam2 muka dah k... Kalau jadi juga, lyn kejar fendi sampai keliling rumah sewa fendi, hahahahahaha, boleh tara tue fendi, hihihihihihi, :-P

Sunday, October 16, 2011

09/10/11, sweet memories

Ahaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!! Tarikh ni agak tersusun, 09/10/11, lepastu, pada tarikh ni jugak la aku dengan fendi g jumpa dengan member aku time aku sekolah dulu kat pusat dakwah... Perghhhhhhh, jalan kaki tuuuuuuu aku dengan dia time nak g jumpa member aku... Dalam beberapa minit tu, muncul lah member aku time aku sekolah dulu, rindu giler2 kt dia, dh lama kut x jumpa dengan dia... Dia je la kwn aku time aku sekolah dulu.... Agak lama jugak la aku dengan fendi dok sembang2 dengan member aku tu, macam2 yang kami dok sembangkan, pasal apabila tibanya hari kiamat, apa yang akan terjadi masa tu, pasal study pun aku dok sembang jugak.... Kan time aku dengan fendi jumpa dengan member aku tu aku still x sihat lagi, dok batuk + demam... Yang paling aku tension skali, bila aku nak sembang dengan member aku, mula lah aku ni dok batuk2 sampai x bleh nak ckap sikit pun, huhhhhhhh, :-(... Last2, aku, fendi dengan member aku tu g sambung apa yang kami tiga orang dok sembang kan tu kat food court kt city plaza... Perghhhhhhhhhh, time kami 3 org dok jalan2 nak g city plaza, sempat lagi fendi tu dok mengusik aku, grrrrrrrrrrrrrrrr... Wat aku geram dengan dia je, nasib je aku tak merajuk dengan dia, hahahahahaha... Dah la aku dengan fendi jalan dok rapat2 macam belangkas, hahahahaha, ye la, kan time tu aku dok demam lgi, dah la kepala aku pun dok pening2 lgi, risau takut pengsan ja, sebab tu aku otw nak g city plaza aku dok pegang tangan fendi, pegang tangan fendi x lepas oooooo, ^__^... Lepas kami 3 org dok minum2 kat food court kt city plaza, aku dengan fendi & kawan aku tu jalan2 jap kat city plaza tu, pun aku x lepas, dok pegang tangan fendi, >__<... Pening kepala aku x abih lgi time tu.... Sampai petang jugak la aku, fendi dengan kawan aku dok ronda2 kat city plaza... Dalam kui 5.15 petang baru kami 3 org bersurai... Fendi kena ikut aku balik ke kampus coz aku x bleh jalan sorang2 time otw nk balik ke kampus coz dia risau kat aku takut terjadi apa2 kat aku... Bila dah sampai kat kampus, baru lah aku dengan fendi pun bersurai... Memang sweet memory la kiranya time tu, :-)