My Best Friend Forever a.k.a Heart and Soul

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 2, 2013

Fitnah Membawa Kehancuran

FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas “FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12) Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193) Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217) Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah. Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6) Kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut dan menjelaskan berkenaan fitnah: Sila rujuk Al-Quranul Karim: 2:191, 2:193, 2:217, 3:7, 4:91, 5:41, 6:23, 7:155, 8:25, 8:28, 8:39, 8:73, 9:47, 9:49, 17:60, 21:35, 21: 111, 22:53, 24:63, 25:20, 29:10, 35:14, 37:63, 39:49, 54:27, 60:5, 64:15, 74:31. Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29). Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11) Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10) Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani) Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105) Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103) Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia. Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.” Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam. Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya. Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.” Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.” Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari. Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3) Semoga Allah S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Wednesday, December 12, 2012

Fahami Hati Dan Perasaan Orang Lain

Ok, zaman sekarang ni memang ramai orang yang suka cakap lepas je, tanpa nak berfikir tentang perasaan orang lain jika orang lain tersebut terdengar apa yang diucapkan oleh seseorang... Kadang2 tu sampai bergaduh la antara 1 sama lain, hanya 1 sebab je, percakapan kita tu mengundang kemarahan orang lain, :-)... Perkara sebegini banyak sangat berlaku di sekeliling aku, bukan nya baru hari ni je berlaku... Aku sendiri pun pernah mengalami situasi ni, and memang aku faham sangat la bila ada member2 aku citer kat aku psal bnda yang sama... So, the conclusion is, berhati-hati lah sebelum berkata sesuatu terhadap orang lain, :-)

Wednesday, November 28, 2012

My blackberry curve 9360

Haaa, ni la dia, blackberry curve 9360 aku, cun gitu, :-P... Phone ni la yang aku dok guna untuk on9 fb or twitter if aku malas nak on9 kat laptop, bbm dengan member2 aku, dok mcj dengan budak kecik fendi and so on... Tapi nasib baik la fendi tak godek2 lagi phone bb aku ni, kalau dia nak jgak tengok apa yang ada dalam phone bb aku ni, aku cubit2 dia, pastu aku pulak yang nak tengok apa yang ada dalam phone dia... Tapi, kadang2 tu dia bagi jugak aku dok main game kat phone dia, dengan rela hati pulak tu bagi aku dok main game kat phone dia, hehehehe, :-D...

Saturday, November 24, 2012

Tambah, Tolak, Darab, Bahagi

Dah lama giler aku x update blog ni, coz busy dengan study, tu pun klau nak update jugak blog aku tu, aku update mana yang sempat je kat blog aku... Tapi skrg ni dah last sem diploma, sem 7, and hanya 1 subjek je yang masuk final exam, tu sebab aku boleh update blog ni... Member2 aku semua jeles dengan aku coz 1 paper je yg masuk final exam, hahahahah... Boleh dikatakan aku memang boleh relax sem ni, :-D... Bila 1 subjek je yang masuk final exam, kelas pun 2 kali seminggu, memang aku boring giler2 la... Tu sebab hari yang aku x de kelas, aku saja2 je g U, lepak2 dengan member2 ke, dok on9 main game ke... Kat rumah pun aku bukan nya wat apa2 pun, dok bela badan bagi gemuk je, wahahahahaha, :-D... Baik aku g U, dok lepak2 dengan member2 aku or ajak member2 aku g jalan2 kat shopping mall... Kadang2 tu kalau best friend forever aku ada kelas, mula la aku plan nak buli2 dia (jangan marah tau fendi, sebab lyn selalu dok buli2 fendi)... Dia je la yang boleh tahan dengan perangai aku yang suka sangat2 dok buli2 dia, :-P.. Dalam ramai2 member aku, hanya dia je yang aku sayang sangat2, tau sebab apa ? Sebab dia la yang sanggup dengar apa saja masalah aku, kalau member lain payah sikit, coz ada yang x boleh nak simpan rahsia langsung ! Bukan tu je, dia lah orang yang aku harap sangat2 kalau aku nak minta tolong dan ada je dengan aku bila aku perlu kan dia... Tapi, sem 7 ni sem last aku dengan best friend forever aku tu, sem depan aku dah x boleh jumpa dia lagi coz dia tengah dok praktikal, sedih nya, tinggal aku sorang2 sem depan nanti, :-(.. Tapi x pe, aku boleh je nak mcj or nak call dia kalau aku rindu kat best friend forever aku tu, :-D

Monday, October 29, 2012

Luahan Perasaan atau Kisah Hati ?

Kadang2, orang yang berada di sekeliling aku ni bercakap tanpa berfikir tentang perasaan orang lain yang mendengar apa yang diorang tu cakap kan… Sebab tu seseorang tu boleh terasa hati dengan apa yang orang tu cakap kat dia… Apa yang aku coret kan kat post aku ni semua nya pernah aku alami dan bukan nya cerita fitnah or gosip ! And then, yang cakap macamtu bukan nya orang yang kita tak kenal, tetapi, orang yang cakap macamtu ada lah salah seorang daripada member2 aku sendiri, hmmmmm… Mula2 memang la dk sembang elok je dengan aku, tapi bila dah lama aku kenal dengan dia, baru aku tau dia tu macamana sebenarnya coz ada 1 hari tu memang aku bengang sangat2 dengan member aku tu coz dia tu dk mengumpat/mengutuk aku, senang citer dia x puas hati dengan aku… Memang aku dah tawar hati nak jumpa dengan dia, takut2 dia wat bnda yang sama kat aku pulak lpas tu… Sebab tu ada pepatah yang mengata kan, “kawan makan kawan”… Tapi aku dah tak heran dengan dia tu yang b’kelakuan sebegitu, janji aku ada member2 yang lain, especially member rapat aku yang aku sayang sangat2 coz dia la yang banyak membantu aku if aku ada masalah… So, life must go on even we had a problem in our life, :-)

Tuesday, June 5, 2012

Suka Sangat Fendi Dok Buli2 Aku

Waaaaaaaaa, fendi jahat dok buli2 lyn smpai macamtu skali... Dia ni memang nak kena dah dengan aku ni, nanti dia lepas abih cuti sem ni lyn balas balik, lyn wat lagi teruk dripada fendi... Biar fendi dok menangis kat rumah sewa, ahahahahahah, :-D... Lyn tak kira, lyn nak jgak buli2 fendi, sbb fendi ni memang nakal + suka wat muka comey kat lyn..

Thursday, April 12, 2012

For The 1st Time, =='

Buat kali pertama, aku dapat merasa gegaran daripada gempa bumi yang berlaku kat indonesia pada petang kelmarin, dalam kui 4.30 petang... Seriusly aku ingat aku yang pening sebab dari petang klmarin memang aku dok pening, pastu, aku dengar la pintu besi kat rumah aku tu bergegar semacam macam ada orang g goncang pintu tu... Last2, aku turun la ke bawah, nak tengok kat luar, kut2 la ada apa2 yang berlaku... Jiran kat sebelah rumah aku yang merupakan student kolej unversiti insaniah pun lari kluar dri rmah... Hmmmmmm, dari situ aku dah dapat agak yang time tu berlaku gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berlaku kat indonesia... Agak kuat jgak la gempa bumi tu smpai mencecah 8.9 pada skala ricther.... Ia mengingatkan aku pada gempa bumi yang berlaku pada tahun 2004, yang mengakibatkan tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, hmmmmmm... Gegaran tersebut juga dapat dirasai di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu, Selangor, serta di Johor Bahru....